Analisis Trend
Platform WebTrader BDSwiss yang dibina secara eksklusif ini ialah alat intuitif yang menyaring ratusan carta 24 jam sehari, mengambil kira pengumuman dan berita utama untuk membantu anda mengenal pasti dan berdagang berdasarkan trend terbesar yang mungkin berlaku pada masa akan datang!
Tingkatkan Perdagangan Anda dengan Analisis Trend BDSwiss
Analisis Trend yang dibangunkan secara kerjasama dengan AutoChartist dan eksklusif untuk pedagang BDSwiss ini merupakan alat unik yang membolehkan anda mengenal pasti peluang perdagangan terbesar secara terus pada WebTrader BDSwiss.
Temui trend yang baru muncul dan trend yang baru lengkap bagi ratusan aset, lihat hamparan corak dan trend harga unjuran yang digunakan secara langsung pada carta dan buat dagangan anda dengan satu klik.
Buka akaun langsung untuk mencubanya atau uji secara percuma di akaun Demo
Modal anda berhadapan risiko.
Tertakluk T&S
Alat Revolusi yang Boleh Membantu Anda
Berdagang mengikut Trend Terbesar
Pengimbas Pasaran Berasaskan AI yang Hebat
Imbas pasaran secara automatik 24 jam sehari, menggunakan berbilang penunjuk untuk mengenal pasti corak carta yang menarik, kemungkinan trend harga akan datang dan peluang perdagangan.
Alat Trend Menaik dan Menurun yang Mudah Digunakan
Analisis Trend disepadukan dengan lancar di platform WebTrader natif BDSwiss dengan hamparan graf mudah dibaca yang anda boleh berdagang secara terus di carta.
Tetingkap Pesanan Automatik dan Intuitif
Berdagang dengan Analisis Trend adalah sangat intuitif kerana tetingkap pesanan akan dilaraskan secara automatik untuk arah Beli atau Jual yang dicadangkan dan paras Ambil Untung dan Henti Rugi pilihan.
Akses secara PERCUMA atau Dapatkan 500+ Trend dengan VIP
Versi asas Analisis Trend ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan BDSwiss yang boleh mendapat manfaat daripada 50 trend bagi aset utama termasuk forex, saham dan indeks. Pelanggan yang ingin mendapatkan akses kepada lebih daripada 500 trend bagi semua CFD dan eksotik, boleh memilih untuk membuka akaun VIP dan mendapat versi premium Analisis Trend.
Modal anda berhadapan risiko.
Tertakluk T&S